KESEDIAAN MURID BELAJAR (1)

MFarah Maznee Binti Isa

D20191087927

Pengenalan Kesediaan Murid Belajar

Kesediaan murid belajar didefinisikan sebagai kesediaan dalaman, yakni dimana individu bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan tujuan untuk memperoleh pengalaman pembelajaran baharu.

 

Jenis-jenis Kesediaan Murid Belajar:

  • Kognitif - Merujuk kepada kesediaan mental untuk aktiviti seperti berfikir, menaakul, menganalisis dan menilai. Kesediaan kognitif yang dimiliki seseorang menentukan keberkesanan proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) akan datang.
  • Afektif - Merujuk kepada kesedaran, keinginan, semangat, ketekunan, perasaan dan minat seseorang untuk mengikuti aktiviti pembelajaran. Justeru itu, ia berkait rapat dengan motivasi intrinsik, yakni rangsangan dalaman individu.
  • Psikomotor - Merujuk kepada tindakan fizikal, dimana seseorang mempunyai potensi dan kematangan fizikal untuk melakukan sesuatu tindakan fizikal dalam proses PdP baharu. Sementelah itu, kesediaan psikomotor berkembang seiring dengan peningkatan umur.

 

Strategi untuk Meningkatkan Kesediaan Murid Belajar:

Set Induksi berasal daripada perkataan induction yang bermaksud membangkitkan atau mewujudkan sesuatu kepada sesuatu perkara yang lain. Ia merupakan proses terawal dalam set pengajaran. Selain itu, ia juga merupakan tunjang kepada PdPc yang berkesan demikian kerana ia berupaya untuk merangsang minat murid untuk belajar disamping membangkitkan naluri ingin tahu mereka. Di samping itu, set induksi yang berkesan boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang aktif dan kondusif.

  

Comments