Rafi’ah Khafidah
binti Redzuan
D20191087919
Kepentingan
Motivasi
- Murid menyedari kepentingan dan tujuan menuntut ilmu
- Pelajar yang menyedari kepentingan dan tujuan menuntut ilmu akan bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu. Hal ini demikian kerana, mereka telah mengetahui apakah faedah dan keberkesanan dalam menuntut ilmu untuk diri mereka sendiri.
- Murid mengetahui hala tuju pendidikan dan kerjaya
- Apabila pelajar menyedari kepentingan dan tujuan menuntut ilmu, pelajar akan nampak hala tuju yang jelas dan pelajar akan bersedia untuk mempelajari sesuatu yang baru bagi mencapai hala tuju yang diingini.
- Meningkatkan keyakinan murid
- Pelajar akan berkeyakinan untuk melakukan sesuatu sekiranya pelajar memiliki hala tuju yang jelas. Hal ini demikian kerana, wujudnya sikap ingin mencapai sesuatu yang diingini. Oleh itu, sesuatu keinginan dapat dijadikan sebagai pendorong untuk meningkatkan keyakinan pelajar.
Rumusan
·
Dalam sesebuah organisasi memerlukan
pengurusan murid yang baik seperti rekod murid yang tersusun dan lengkap,
mengetahui tahap kesediaan murid dan akhir sekali motivasi.
·
Pengetahuan dan kemahiran mengurus
merupakan keperluan profesional yang perlu diketahui oleh semua guru.
·
Ia juga perlu dipertingkatkan kerana ia sangat
penting dan berguna kepada guru dan juga pelajar.
Comments
Post a Comment