Nurul
Fatihah Binti Rosli
D20191088139
Masalah Perbezaan Kesediaan Belajar;
- Perbezaan perkembangan mental
- Perbezaan sikap dan minat
- Perbezaan kadar pertumbuhan fizikal
- Perbezaan keyakinan diri
- Perbezaan jantina
- Perbezaan dalam diri individu
Usaha Menarik Murid Bersedia Untuk Belajar Semasa Proses PdP;
- Kompeten dalam bidang
- Guru perlulah cekap dalam bidang perguruan supaya dapat menjalankan tugasnya dengan sempurna. Untuk menarik murid bersedia dalam pelajaran, maka guru perlulah bersedia terlebih dahulu sebelum menjalankan sesi pengajaran.
- Menguasai pedagogi
- Guru yang berjiwa pendidikan seharusnya kompeten dalam aspek pedagogi, sosial, profesional dan peribadi. Guru yang kompeten dalam semua aspek tersebut akan mendidik dengan pelbagai strategi, kaedah dan teknik pengajaran yang lebih berkesan.
- Mempunyai unsur kecintaan dan minat dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Guru seharusnya mencintai mata pelajaran yang diajar walaupun mata pelajaran tersebut bukan daripada bidangnya. Sebagai contoh, guru sains ditugaskan untuk mengajar mata pelajaran bahasa melayu. Walaupun berlainan, guru perlu mencintai mata pelajaran yang diajar kerana disinilah akan timbulnya kejujuran dan keikhlasan dalam memberikan pendidikan kepada anak didiknya.
Cara Mengukur Keberkesanan dan Tahap Pencapaian Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Sesuatu Topik;
- Sentiasa menulis refleksi
- Membuat rumusan mengenai refleksi tersebut
- Refleksi
- Merupakan sesuatu proses yang penting dalam kitaran pembelajaran, dimana guru-guru mempelajari kaedah pengajaran sendiri dan menentukan cara yang terbaik untuk mengajar murid-murid.
- Refleksi dilakukan selepas pengajaran dilaksanakan dan ia membolehkan guru-guru memahami apa yang telah dilakukan di dalam kelas dan reaksi murid terhadapnya.
- Dengan ini, guru dapat memperbaiki diri dan mengelakkan perkara yang kurang berkesan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
- Guru yang cekap dan mengamalkan refleksi juga akan mengalami proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih bermutu dan berkualiti.
Kaedah-kaedah Refleksi;
- Tahap Pemahaman
- Guru-guru memahami konsep pedagogi atau teori yang akan digunakan dalam bilik darjah. Contohnya, guru perlu memahami teknik-teknik dan kaedah-kaedah kumpulan koperatif sebagai satu strategi pengajaran.
- Tahap Transformasi
- Dalam tahap transformasi, guru akan melaksanakan pengajaran dengan sesuatu konsep atau prinsip di dalam kelas. Contohnya, guru menyediakan rancangan pelajaran harian dengan menjelaskan langkah-langkah kaedah koperatif secara terperinci.
- Tahap Pelaksanaan
- Dalam tahap ini, guru akan melaksanakan pengajaran dengan melaksanakan segala langkah-langkah dan prosedur yang disarankan dalam kaedah koperatif. Guru akan membahagikan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang kecil untuk menyelesaikan masalah pembelajaran yang ditetapkan oleh guru.
- Tahap Penilaian
- Guru menilai pelaksanaan kaedah koperatif langkah demi langkah dengan mengingati kembali pelajaran yang disampaikan. Beliau juga akan membuat catatan dalam buku jurnal mengenai prosedur-prosedur yang diambilnya dalam bilik darjah semasa melaksanakan kaedah koperatif dan menilai pencapaian setiap langkah pelaksanaan dalam kaedah pengajaran ini.
- Tahap Refleksi
- Guru mempersoalkan diri tentang pengajaran yang dilaksanakan dan merujuk kepada catatan-catatan di dalam buku jurnal serta mengimbas kembali mengenai respon dan emosi para murid semasa beliau melaksanakan pengajarannya dengan menggunakan kaedah koperatif.
- Tahap Pemahaman Baru
- Dalam tahap ini, guru mendapat pengertian baru daripada pengalaman pengajaran dengan menggunakan kaedah koperatif. Beliau akan memperbaiki rancangan pelajaran harian yang menerapkan kaedah koperatif untuk mengatasi segala kelemahan yang timbul semasa melaksanakan kaedah ini.
Cara-cara Guru Mengurus Pelajar yang Lemah Dalam Pelajaran;
- Mengenalpasti kelemahan setiap pelajar dalam sesuatu subjek
- Cara yang boleh di gunakan oleh guru untuk mengenalpasti kelemahan pelajar adalah dengan memberikan latihan dan ujian ataupun kuiz untuk mengetahui tahap kefahaman pelajar dan dimanakah kelemahan pelajar tersebut dalam sesuatu subjek.
- Menyediakan kelas tambahan khas untuk subjek-subjek berkenaan.
- Kelas tambahan boleh di lakukan sama ada selepas sesi persekolahan ataupun waktu cuti persekolahan dimana para pelajar dan guru-guru mempunyai masa untuk melakukan ulang kaji atau memberikan ruang untuk para pelajar bertanyakan sesuatu yang tidak difahami sewaktu sesi pembelajaran di dalam kelas. Di sinilah guru dapat memberikan sepenuhnya perhatian kepada pelajar yang lemah.
Rujukan;
https://smktelokkerang.blogspot.com/2014/08/refleksi-dalam-pengajaran-dan.html
Comments
Post a Comment