MENGURUS REKOD MURID

Maisarah Yasmin binti Mohd. Yusoff

D20191088153

Pengenalan Pengurusan Murid

  •          Merupakan bahagian yang sangat penting dalam pentadbiran sekolah
  •          Pengurusan murid yang sistematik dapat memudahkan pihak sekolah untuk mengumpul data murid
  •          Data murid dijadikan rujukan bagi pihak sekolah untuk menyalurkan bantuan
    • Bantuan zakat
    • Bantuan Rancangan Makanan Tambahan
    • Bantuan kewangan
    • Dll.
  •          Beberapa aspek yang termasuk dalam pengurusan murid ialah:
    • Disiplin
    • Akademik
    • Kokurikulum

Jenis-jenis Rekod Murid

  •          Jadual kedatangan
    • Terbahagi kepada dua iaitu kedatangan akademik dan kedatangan kokurikulum
    • Kedatangan murid perlulah direkod dalam buku daftar kehadiran pada setiap hari
    • Sesetengah sekolah menggunakan rekod kedatangan ini bagi menganugerahkan sijil kelayakan kepada murid-murid seperti anugerah ponteng sifar        

  •      Rekod kemajuan murid
    • Antara perkara yang direkodkan dalam buku ini ialah keputusan peperiksaan murid
    • Hal ini bagi menunjukkan sejauh mana pencapaian akademik seseorang murid
    • Buku rekod ini juga yang akan ditunjukkan kepada para waris setelah keputusan peperiksaan diberikan

  •          Rekod profil
    •    Mengandungi info-info penting murid seperti:
      • Nama penuh
      • Nombor sijil lahir
      • Alamat rumah
      • Nombor telefon waris
      • Slip gaji waris
      • Dll.
    • Sekiranya berlaku sebarang kecemasan, rekod profil ini akan dirujuk oleh guru
    • Maklumat ini akan dipindahkan ke Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

  •          Rekod kutipan yuran
    • Sekiranya terdapat bayaran tambahan seperti kelas tambahan berbayar dan derma PIBG, yuran tersebut akan direkodkan di dalam buku ini

  •          Rekod prestasi akademik
    • Merupakan buku yang mencatatkan markah-markah ujian yang dilaksanakan sepanjang tahun
    • Buku rekod ini juga mengandungi TOV, ETR dan OTI
      • TOV ialah Take Of Value yang bermaksud nilai letak kerja kepada seseorang murid berdasarkan potensi sedia ada seperti pencapaian akademik
      • ETR pula ialah Expected Targeted Result iaitu sasaran hasil pembelajaran yang diharapkan. Ia merujuk kepada penilaian / berdasarkan  keputusan peperiksaan terakhir atau peperiksaan awam
      • OTI bermaksud Operational Targeted Increment yang bererti peningkatan hasil pembelajaran yang diharapkan dengan merujuk beberapa penilaian sebelum mencapai ETR

Kepentingan Rekod Murid

  •          Memantau rekod murid
  •          Menjalin hubungan baik antara guru dan waris
  •          Membantu KPM untuk mengetahui latar belakang murid
  •          Membantu KPM untuk mengetahui pencapaian murid di sesuatu kawasan
  •          Memudahkan proses pemberian bantuan
  •          Mengenalpasti murid-murid yang memerlukan bimbingan khas
  •          Menentukan cara pembelajaran yang sesuai mengikut minat dan kemampuan murid

Cara-cara Yang Digunakan Untuk Mengurus Rekod Murid

  •          Dahulu: Sistem Maklumat Murid (SMM)
    • Dibina pada tahun 2000
    • Menyediakan kemudahan untuk para guru mencatat kehadiran murid
    • Menyediakan kemudahan menghantar surat amaran sekiranya murid tidak hadir berturut-turut selama tiga hari melalui Sistem Merit Demerit
    • Rekod kehadiran juga dilaporkan dalam Sistem Laporan Adab Belajar

  •          Sekarang: Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
    • Dikenali sebagai Modul Pengurusan Murid
    • Merupakan sebahagian daripada sistem pengurusan sekolah secara online
    • Merupakan aplikasi pangkalan data murid yang bersepadu dan menyeluruh
    • Membantu guru untuk mengelakkan kemasukan data secara berulang-ulang kali
    • Data pengurusan murid digunakan dalam penghasilan laporan dan statistik setiap murid

 


Comments