MEMOTIVASIKAN MURID (1)

Nurul Eizatul Amalyn binti Sukri

D20191087903

Pengenalan Motivasi

  • Motivasi terbahagi kepada dua iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi intrinsik ialalh sejenis dorongan dalaman dan minat yang terdapat dalam diri seseorang untuk melakukan sesuatu tanpa memikirkan ganjaran. motivasi intrinsik boleh diwujudkan secara semula jadi tetapi boleh terbentuk dari pengalaman dan pembelajaran. Contohnya tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik. Ianya tidak bergantung daripada tekanan luar.
  • Motivasi ekstrinsik ialah motivasi yang sangat bercanggah dengan motivasi intrinsik. Motivasi ekstrinsik merujuk kepada aras insentif yang terdapat pada seseorang dalam usaha untuk mencapai matlamat akademik yang berkait rapat dengan keinginan untuk mencapai matlamat akademik yang ditetapkan.
  • Contoh perbezaan motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik ialah motivasi intrinsik, pelajar menjadi rajin belajar kerana kesedaran dalaman, manakala motivasi ekstrinsik, pelajar cuba belajar kerana dimarahi oleh ibu. Terdapat dua dorongan motivasi ekstrinsik iaitu wang dan hukuman.

 

Cara Memotivasikan Murid

  • Penggunaan set induksi yang menarik.
    • Guru menggunakan pelnagai bahan seperti puzzle, teka silang kata, dan sampul bewarna untuk menjadikan kelas lebih menarik. 
  • Suasana Kelas yang Kondusif
    • Kelas yang ceria dapat memotivasikan murid. Hiasan yang ceria dpat menaikkan semangat murid ketika belajar. Kerusi dan meja yang selamat juga dapat memberikan situasi kelas yang kondusif.
  • Kepelbagaian Aktiviti dalam Kumpulan
    • Guru boleh menggunakan pelbagai kaedah pengajaran, contohnya menjalankan aktiviti di luar kelas seperti di dewan terbuka dan sebagainya. Hal ini dapat mengelakkan rasa bosan dalam kalangan diri murid murid.


Comments